4 dara.

Advertisements

Masa

Assalamualaikum semoga Allah merahmati.dan meredhai semua

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.

“Hai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang di usahakannya untuk hari esok (hari kiamat), dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan” Surah ai- Hasyr ayat 18.

❤️ MASA yang pergi takkan kembali. Ia tidak akan undur kerana sifat MASA hanya ke hadapan walau apa keadaan sekalipun. Imam Ghazali rahimahullah menyatakan, destinasi yang paling jauh bukanlah hujung benua, bulan atau bintang. Destinasi yang paling jauh ialah hari semalam kerana takkan sampai jika di-tuju

💙Anda mungkin ada MASA untuk buat duit. Tapi anda takkan ada duit untuk buat MASA. Anda akan jadi orang yang paling kaya di dunia jika anda boleh buat MASA

💚MASA tidak boLeh di-kawaL, tetapi aktiviti yang untuk mengisi MASA yang boleh di-kawaL. Tak guna merancang MASA, tetapi rancanglah apa yang hendak di-isi pada MASA💚